Wednesday, August 5, 2009

SEMBANG

NASIB MELAYU DI TANAHAIR SENDIRI?

DALAM dua tiga minggu ini hatiku begitu tersentuh tetang persoalan melayu. Aku tak tahu mengapa? minggu lepas aku telah dipanggil oleh seorang kawan yang kerjanya menjadi jaga disebuah kawasan perumahan mewah di Bukit Mertajam. Kawan aku itu bekas seorang tentera berpangkat koperal dan berhenti selepas 10 tahun berkhidmat. Dia melakukan pelbagai kerja dan sekarang apabila kudratnya semakin kurang lalu dia bekerja sebagai jaga. Memang aku tahu dia kerja sebagai seorang jaga dan kami sering lepak dan bersembang di kedai selepas aku balik kerja dan sebelum dia pergi kerja.


Baru-baru ini kebetulan aku banyak kerja dan sering balik lewat menyebabkan kami tidak berjumpa tiga empat hari lalu dia menghubungiku untuk ketempat kerjanya. Aku menemaninya di gate berpalang, apabila kereta keluar atau masuk dia akan mengangkat besi bagi memberi laluan sambil bersembang dengan aku. Waktu itu aku masih tidak merasa apa-apa kerana apa pun kerja dia, dia juga mencari rezeki yang halal untuk menyara diri dan keluarga. Tiba-tiba dia berkata,


"Man, dulu kerja aku memburu komunis di hutan. Hutan mana yang aku tak masuk dalam negara ini sampai ke Sabah dan Serawak aku memburu komunis, tapi..." terhenti kata-katanya di situ.

"Tapi mengapa?" aku mengajukan soalan.


"Majoriti komunis waktu itu terdiri daripada kaum cina tapi hari ini orang yang pernah memburu komunis terpaksa tercegak waktu malam hingga ke subuh untuk menjaga keselamatan mereka pula. Tapi... apa nak buat, tak kerja tak ada makan."



Aku betul-betul tersentak dan sedih dengan keluhan hati kawanku itu. Apa yang dapat aku bantu aku pun hidup susah lebih kurang dirinya. Pada siapa orang macam kawan aku dan aku sendiri hendak mengadu akan untung nasib kami. Mengapa nasib orang melayu jadi macam ni di negeri yang diperintah oleh orang melayu sendiri? Bermacam lagi persoalan yang timbul mendadak di otak pemikiranku.


Apa yang selama ini pemimpin melayu buat selama ini dalam usaha membela dan mengangkat martabat keseluruhan orang melayu di negara ini? Aku mula merenung, seorang demi seorang yang bergelar Perdana Menteri Malaysia, siapa yang dilihat agak ikhlas beruseha membantu anak bangsa?


Setelah merenung dan mengkaji, hanya Tun Razak yang banyak membanu orang melayu. Zaman Tun Razaklah dasar DEB di gubal. Dizaman Tun Razaklah mulanya penubuhan agensi-agensi membantu orang melayu seperti MARA, Felda, Felcra, biasiswa, Bank Bumi dan pelbagai lagi program untuk membantu orang melayu.

Tapi malangnya, sasaran dasar DEB untuk meningkatkan pegangan kek ekonomi negara hanya sebanyak 30% gagal ditunaikan oleh para pemimpin selepas itu. Apa yang Tun Husien buat dalam usaha mengejar target 30% itu? Apa pula yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir selama lebih 20 tahun memerintah negara ini dalam usaha mengejar target tersebut? Juga nihil malah Tun Dr. Mahathirlah yang merosakan ketuanan melayu di negara ini.


Tun Dr. Mahathirlah yang bertanggungjawab mengantikan biasiswa kepada pinjaman. kalau dulu setiap orang pelajar melayu yang memasuki IPTA akan mendapat biasiswa tapi kini diganti dengan pinjaman. Apabila pinjaman sama macam orang lain. Jadi macam mana keluarga miskin dapat mengubah nasib dan masa depan mereka?


Dalam keadaan susah dan payah mereka membantu menyara persekolahan anak mereka hingga ke menara gading dan sudah tentu jauh disudut hati mereka terselit apabila anak itu keluar dan bekerja akan dapat membantu keluarga. Tapi apa yang dapat dibantu oleh pelajar tersebut, lepas belajar belum dapat kerja pihak PTPTN telah mula mengejar hutang. Bila mula bekerja dengan jawatan pegawai nak juga pakai kereta, kemudian nak kahwin dan beli rumah, nak bayar hutang jadi macam mana nak bantu keluarga.


Wahai pemimpin melayu, tumpang ada kuasa ini bantulah orang yang selama ini memberikan sokongan yang tak berbelah bagi sehingga dapat berkuasa lebih 50 tahun. Kembalikanlah biasiswa kepada semua pelajar melayu yang melanjutkan pelajaran ke IPTA dan mereka yang belajar di kolej swasta berikan pinjaman. Ini akan mengalakkan persiangan sengit dikalangan pelajar melayu untuk belajar bersungguh-sungguh agar dapat memasuki IPTA.


Kemudian berikan rawatan percuma di hospital awam kepada orang ramai, rata-ratanya orang melayu hidup susah. Sering terpampang didada-dada akhbar dikalangan orang melayu yang memerlukan bantuan untuk mengubati pelbagai penyakit. Mengapa pemimpin melayu tidak ada perasaan, hati dan perut dan sanggup melihat anak bangsa terpaksa menjual maruah dan harga diri menyiarkan berita di dada-dada akhbar semata-mata untuk mendapatkan duit bagi membuat rawatan?

Sementara ada kuasa ni bantulah orang melayu untuk meningkatkan ekonomi mereka. Memang selama ini terdapat pelbagai agensi yang ada tapi semuanya tidak benar-benar ikhlas dan telus melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Kalau pemimpin yang berkuasa hanya melihat keluarga dan sahabat handai dalam memberikan peluang perniagaan maka para pegawai juga mengamal sikap yang serupa. Apa yang pemimpin di atas hendak kata, memang perpatah ada mengatakan kalau dah kepala busut macam mana ekor nak elok.


Apabila mengingat perkara ini aku teringatkan selepas pilihanraya lepas di mana negeri kelahiranku jatuh ketangan Pakatan Rakyat dan Lim Guan Eng dilantik menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Suatu waktu Lim Guan Eng kata akan melaksanakan dasar tender terbuka dan tidak akan mengguna pakai dasar DEB. Maka para pemimpin UMNO pun mengumpullah penyokong-penyokong mereka dan membuat tunjuk perasaan di hadapan Komtar dan pada sebelah malamnya aku lihat TV Datuk Musa Sheikh Fadzir begitu lantang mempersoalkan tindakan Lim Guan Eng.


Selepas beberapa hari aku berjumpa orang yang menyokong kuat Datuk Musa lalu dengan bangganya membicarakan kelantangkan ketua bahagiannya yang juga bekas bos aku semasa aku bertugas sebagai Pegawai Perhubungan Awam di Aseania Development Sdn. Bhd., Aku juga pada awalnya turut memuji untuk melihat reaksinya tapi apabila dia ghairah maka aku lontarkan satu persoalan.


"Sehat (nama kawan aku itu), Aku tak hairan apa yang Guan Eng cakap kerana biasalah orang cina tentulah nak jaga lebih kebajikan bangsanya tapi yang aku pelik Datuk Musa yang ada kuasa penuh sebagai Chairman di Aseania yang membangunkan tanah seluas lebih 400 ekar di Bukit Mertajam dan tanah itu adalah milik Perda yang ditugaskan untuk membangunkan orang melayu Pulau Pinang tapi sampai hari ini tak ada seoarng melayu pun yang dapat projek dibandar Perda sehingga boleh buat dia jadi senang kalau pun tak kaya. Boleh hang tunjuk kat aku?"


Beginilah adanya pemimpin melayu maka tak hairanlah orang melayu akan terus merintih dan merepat di tanahairnya sendiri.KEPADA SIAPA LAGI ORANG MELAYU NAK MENGADU?





Adakah orang melayu boleh bergantung harap kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak? Bapanya banyak membuat program dan projek untuk membantu orang melayu, jadi adakah Datuk Seri Najib boleh mengikut jejak langkah bapanya Tun Razak?


Nampaknya Datuk Seri Najib tidak akan mengikut jejak langkah bapanya, awal-awal pemerintahannya telah melontarkan idea SATU MALAYSIA. SATU MALAYSIA LEBIH KURANG MALAYSIA MALAYSIAN GAGASAN DAP. JADI ORANG MELAYU SUDAH TAK BOLEH BERGANTUNG HARAP.





Bagaimana dengan Datuk Seri Anwar yang kini bertindak sebagai Ketua Pembangkang? Adakah kita orang melayu boleh bergantung harap kepadanya? Saya juga tidak nampak kerana PKR mengamalkan dasar KEADILAN UNTUK SEMUA.




Bagaimana pula dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS? Bagi saya mungkin ada sedikit pengharapan terhadap kerana konsep keislaman yang di bawa. Jesteru itu orang melayu di negara ini harus menukar konsep perjuangan untuk Islam dan boleh bergantung harapan kepada PAS untuk memperjuangkannya.


2 comments:

  1. salam.
    harapan pada pas? oleh kerana sekongkol dengan dap, habis islam pas londehkan. sebab kawan dengan anwar ibrahim, sanggup biar dap hina islam. apa nak jadi pas? pas bela melayu? taubat sampai kiamat, nik aziz takkan berjuang untuk bangsa dia, yang di sebut 'isle' je

    ReplyDelete
  2. Kita kena akui di malaysia acuan politik yang telah dibuat oleh Tunku Abd. Rahman Presiden UMNO yang Kedua dan Perdana Menteri Malaysia yang Pertama begitu jadi tidak ada pilihan siapa juga nak perintah malaysia kena berpakat dengan orang lain. Siapa yang empunya angkara? Kalau bukan UMNO.
    Nak harapkan UMNO gadai satu demi satu hak istimewa orang melayu, biasiswa kepada pelajar melayu ke IPTA diganti dengan pinjaman dan pinjaman kena bayar. Sistem kemasukan ke U guna meritokrasi, ingat kalau sistem ini telah tak berapa kerat pelajar melayu yang berjaya ke IPTA, Kenapa nak bunuh anak bangsa dengan menggunakan bahasa pengantar mathematik dan sains dlam bahasa inggeris, dalam menggunakanbahasa melayu pun terkial-kial nak lulus, inikan bahasa ingeris. Mana perginya Bank Bumiputra yang ditubuh untuk bantu perniaga melayu? Kenapa perlu buka 10 peratus pelajar asing ke MRSM, UITM itu ditubuh atas keistimewaan orang melayu. Nak bangga tentang pembangunan fizikal, di mana orang melayu bila sesuatu bandar baru di bina? Selama 50 tahun lebih UMNO berkuasa, lihat di mana kedudukan orang melayu? Dulu kerja jaga bengkali lani orang melayu, kerja buruh JKR, majlis bandaran India , lani melayu, angkut najis dulu china lani melayu, walaupun kaedahnya dah lain tapi kerja tetap sama angkat najis. Sepatutnya kedudukkan orang melayu bertambah baik lagi kerana UMNO naik atas sokongan orang melayu tapi mengapa tak mahu jaga orang melayu. Lani mai pula ONE MALAYSIA, tolong bagi taksiran apa itu one malaysia. ONE MALAYSIA lebih kurang gagasan DAP MALAYSIAN MALAYSIA.

    ReplyDelete