Tuesday, August 18, 2009

Tanah Melayu Ketuanan Cina 1

Ironis sekali melihat perjuangan bangsa kita Melayu. Bangkit dengan keris panjang - melaungkan perjuangan membela bangsa , mendesak hak - hak dan menjerit menuntut keistimewaan. Siapa yang sebenarnya pejuang, siapa yang sebenarnya berani mahu mengatakan kebenaran - siapa pula sebenarnya menjadi lawan dan saingan kita tidak pula diperjelaskan dalam kita meniupkan semangat kebangkitan Melayu.

Ini bukan satu artikel yang mahu meniupkan semarak api perkauman tetapi adalah penting untuk kita mengenalpasti siapa yang sebenarnya menjadi lawan dan saingan kepada Melayu. Sekiranya artikel ini berbau perkauman maka se akan pasti penulis akan berdepan dengan penahanan - di penjarakan oleh kerajaan Melayu sendiri terhadap seorang Melayu yang hanya mahu mengupas kemelut Melayu seperti yang dikatakan oleh Pemuda UMNO Malaysia pada Perhimpunan Agung UMNO 2005.

Atas alasan ini kita diharuskan berbicara di antara garis - garis barisan ayat , berusaha menceritakan realiti sebenar kedudukan Melayu, dalam kelambu - berbisik kerana tidak mahu tertakluk menyalahi apa - apa peruntukan perundangan yang terkandung dibawah Akta Hasutan. Akhirnya penjelasan kita kepada bangsa kita mengelirukan, kita akhirnya kembali membohongi diri kita sendiri.

Bukankah pelik bila kita melaung-laungkan slogan Melayu kita dalam bahaya, bangsa kita tersisih ke tepi, bangsa kita mundur, bangsa kita dikhianati, bangsa kita ketinggalan di tanah sendiri tetapi kita tidak berani mengatakan secara jujur dengan siapa kita berlawan - dengan siapa kita bersaing - siapakah yang mencabuli hak kita - siapakah yang mempersoalkan mengenai hak keistimewaan Melayu - siapa yang mencemar daulah Islamiah - mencabar peruntukan perlembagaan dan undang - undang syariah dan siapa yang sedang menjadi tuan dan siapa menjadi hamba di negara ini.

Apakah kita masih segan , kita masih malu atau kita takut mengatakan kedudukan sebenar kita dalam negara ini? Apakah kita tidak berani berdepan dengan realiti bahawa ini bukan lagi Tanah Melayu dalam ertikata sebenarnya - bukan lagi ada ketuanan Melayu dan bukan lagi milik majoriti orang - orang Melayu dalam apa bidang sekali pun? Terkejutkah kita bila kita menyebut realiti dan hakikat ketuanan Cina semakin berkembang - ketuanan Melayu masih terkongkong dengan keris panjang yang akan di balut setelah gagah berbicara pada sidang - sidang media dan dewan - dewan tertutup.

Tidak ! Kita tidak boleh menyebut ketuanan Cina - ini provokasi namanya. Kita tidak boleh berbicara bahawa perjuangan kita adalah untuk menuntut hak yang telah tergadai kepada bangsa lain khususnya Cina - itu juga provokasi ! Namun kita boleh berbicara mengenai menuntut - memperjuangkan hak orang Melayu - taraf ekonomi orang Melayu - keistimewaan orang Melayu tetapi jangan sekali - kali menyebut dari siapa atau dengan siapa lawan kita dalam perjuangan ini.
Satu perjuangan yang mengelirukan. Perjuangan menentang siapa? Siapa musuh kita? Siapa lawan kita? Apakah kita berjuang menentang bangsa Cina dan bangsa - bangsa lain.

Apakah kita berjuang menuntut agar perlembagaan kita digubal semula untuk memperuntukkan hak keistimewaan orang - orang Melayu?

Apakah kita berjuang sesama Melayu sendiri atau lebih tepat lagi dengan hipokrasi kepimpinan Melayu?Mengenai peruntukan fasal - fasal dalam Perlembagaan Persekutuan:

(3) Islam sebagai agama rasmi persekutuan di cabuli haknya oleh orang - orang cina atau lain - lain bangsa?

(32) Apakah kedudukan raja - raja Melayu dicabar oleh bangsa Cina dan bangsa -bangsa lain?

(38) Apakah kuasa peruntukan Majlis Raja -Raja berhubung dengan daulah Islamiah di cabul oleh kaum Cina dan bangsa - bangsa lain di Malaysia?

(152) Apakah penggunaan bahasa Melayu di tentang - cuba dihapuskan oleh bangsa Cina dan bangsa - bangsa lain?

(153) Apakah hak keistimewaan orang - orang Melayu dicabar oleh bangsa Cina dan lain - lain bangsa di Malaysia?

Secara amnya, apakah perkembangan sedia ada dicabar - dicabul, ditentang dan dirampas oleh bangsa - bangsa lain khususnya Cina. Apakah jawapan kepada persoalan ini - tepuk dada tanya selera?Perjuangan ini benar - benar mengelirukan. Kalau kita lihat perlembagaan , sudah cukup lengkap peruntukan dan fasal - fasal seperti 3, 32, 38, 152, dan 153 untuk menjaga hak - hak keistimewaan orang - orang Melayu tetapi mengapa Cina juga yang maju .

Ketuanan Melayu mati - sekarang ketuanan Cina

Jangan terkejut kalau kita didepankan dengan kenyataan Tanah Melayu - Ketuanan Cina? Kenapa kita perlu gusar - kenapa kita perlu menganggap itu satu kenyataan berbau perkauman - kenapa kita katakan ini adalah satu usaha menghasut? Apakah kita tidak pernah sedar bahawa ketuanan harus datang dengan kuasa dan kuasa dalam negara ini adalah satu komoditi yang boleh diniagakan lantas memberi satu indikasi yang kukuh bahawa kuasa hadir dari pegangan ekonomi yang kukuh dan pemilikan yang padu - yang mampu membentuk satu ketuanan. Apakah ini bukan realiti kehidupan dan apakah kenyataan ini berbentuk hasutan.

Apakah salah kalau dikatakan bahawa pegangan ekonomi Melayu / Bumiputera yang tidak sampai 10% yang selainnya dipegang oleh bangsa lain khususnya Cina - tidak menjerumuskan kepada satu ketuanan baru menggantikan ketuanan Melayu? Apakah pemilikan equiti oleh bangsa lain khususnya Cina melebihi pemilikan Melayu tidak juga menyedarkan kita bahawa ketuanan kita telah berubah dari ketuanan Melayu kepada ketuanan Cina? Tidak sedarkah kita bahawa pegangan majoriti perniagaan - pemilikan tanah di bandar - bandar besar negara ini pasti menunjukkan siapa tuan dan siapa hamba? Apakah salah akhirnya kita secara ikhlas mengakui - Tanah Melayu - Ketuanan Cina?

Hari ini kita digesa berjuang - melawan entah siapa - bertanding dan bersaing dengan entah siapa? Kita hanya diberitahu Melayu Dalam Bahaya. Kita tidak mahu mencari asas kenapa kita perlu berjuang - kenapa kita perlu mengembalikan hak - hak kita dan tidak mahu jujur mengatakan kepada siapa yang sebenarnya hak - hak sekarang berada.

Kita terus digesa berjuang - ketuanan Melayu masih lagi menjadi satu bentuk idealisme perjuangan tetapi kita tidak ditentukan siapa saingan kita? Apakah kita perlu menentang bangsa Cina untuk memulihkan ketuanan Melayu? Apakah kita perlu bersaingan dengan cina untuk menentukan kuasa seterusnya menjadi tuan kembali di negara ini? Dengan siapa harus kita berjuang? Apakah kita perlu merampas kembali hak - hak kita yang telah di rampas oleh kaum Cina?

Hak Melayu di rampas oleh Cina?

Perjuangan se olah - olah dihalakan kepada menuntut kembali hak - hak Melayu, menuntut kembali pegangan ekuiti, menuntut pegangan ekonomi dan mengembalikan ketuanan Melayu. Ini di bicarakan - sebagai perjuangan. Apakah kaum Cina sudah merampas hak - hak keistimewaan Melayu dan bumiputera seperti yang di peruntukan dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan? Apakah kaum Cina sudah merampas pegangan ekonomi orang - orang Melayu?

Cina kini memiliki pegangan ekonomi yang lebih kukuh dari Melayu. Cina memegang ekuiti yang lebih besar - pemilikan hartanah bandar dan pemilikan perniagaan yang jauh lebih baik dari Melayu. Cina sudah melangkah jauh sedangkan Melayu masih di situ. Dengan pegangan ini - apakah tidak ketuanan Melayu kita wajar diganti dengan ketuanan Cina? Apakah mereka sebenarnya merampas?

Tidak menjadi satu kesalahan bagai kaum -kaum lain di dalam negara majmuk kita bertindak untuk meningkatkan prestasi bangsa - menaikkan taraf kehidupan mereka dan menuntut sekiranya dapat untuk mengubah kedudukkan mereka di Malaysia. Mereka berhak menjaga kebajikkan kaum mereka - berniaga dengan bersungguh - sungguh, memperolehi pegangan ekonomi yang besar, serta membeli dan memiliki harta. Mereka tidak merampas - mereka berusaha dan yang penting lain mereka tahu membezakan antara isu dengan falsafah politik. Mereka cuba dan terus mencuba dan dengan kekuatan ekonomi yang sedia terbentuk mereka mampu menggunakan kuasa ringgit dengan sempurna - dengan berhasil, atas apa cara sekali pun.

Kita memberi, mereka merasa, generasi kita merana

Sedikit demi sedikit kita bertolak ansur. Mereka tolak, kita beransur. Kita beransur untuk kepentingan diri dan individu. Kita gagal melihat gambaran besar kebinasaan yang kita sendiri bentuk. Kita ghairah memperjuangkan pegangan ekonomi yang akhirnya balik kepada kaum - kaum lain Kita gagal membentuk infrastruktur yang kukuh kerana kita hadir untuk menentukan nasib diri sendiri tanpa memikirkan mengenai bangsa kita sendiri.

Salah siapa?

Hak Keistimewaan Melayu sudah terkandung dalam Perlembagaan. Kuasa Kepimpinan Kerajaan di tangan orang - orang Melayu dan kita seperti mana peribahasa Melayu menasihati " terpulanglah - diracit halus - halus lah ia " . "Pisau di tangan kita" kenapa lain jadinya. Apa sebenarnya sedang berlaku. Apakah Ketuanan Melayu dikhianati oleh Melayu sendiri. Siapa dan mengapa?

Web Master :http://umno-reform2.com
Anuar Mohd Nor
012-6544672
09 June 2008

Friday, August 14, 2009

SIAPA KIANATI WASIAT RAJA-RAJA MELAYU?
Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat Raja-Raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.Menurut baginda, wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 ialah (Raja Nazrin Shah bertitah demikian semasa melancarkan tiga buku allahyarham Datuk Dr Syed Hussein Alatas, berjudul Mitos Peribumi Malas, Intelektual Masyarakat Membangun, dan Rasuah: Sifat, Sebab dan Fungsi, bersempena seminar antarabangsa legasi pemikiran pemikir itu yang bermula Selasa lalu di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di ibu negara.):



KITA TENGOK ADAKAH BN KHUSUSNYA UMNO YANG DIBERI AMANAH OLEH RAKYAK KHUSUSNYA ORANG MELAYU MEMERINTAH NEGARA INI MENJAGA DAN MEMELIHARA WASIAT RAJA-RAJA MELAYU KITA?

Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melalyu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);

KERAJAAN BN KETIKA ITU PERIKATAN YANG DITUNJANGI OLEH UMNO TELAH MENUKAR NAMA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU KEPADA MALAYSIA. KENAPA HARUS DI TUKAR? MENGAPA RAJA-RAJA MELAYU YANG ADA HARI INI DIAM MEMBISU. KALAU KITA KEKEKALKAN NAMA ITU JELAS NEGARA INI MILIK MELAYU. NAMPAKNYA PEMIMPIN UMNO TELAH KIANAT TERHADAP WASIAT RAJA-RAJA MELAYU.
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;


RAJA-RAJA MELAYU MAHUKAN AGAR TANAH SIMPANAN MELAYU SEHINGGA MENCAPAI NISBAH 50%. KITA NAK TANYA KEPIMPINAN UMNO HINGGA HARI INI BERAPA HEKTARKAH TANAH SIMPANAN MELAYU YANG ADA DI NEGARA INI? BERAPA PERATUS PULA NILAI DARIPADA KESELURUHAN TANAH DI NEGARA INI? SAYA BEGITU YAKIN TANAH SIMPANAN MELAYU YANG ADA HARI INI TIDAK MENCAPAI ANGKA 50% MALAH SEMASA PEMERINTAHAN TUN DR. MAHATHIR DULU BELIAU PERNAH BERCAKAP UNTUK MEMBUANG STATUS TANAH SIMPANAN MELAYU KONONNYA UNTUK MENAIKAN NILAINYA. SEKALI LAGI SAYA INGIN BERTANYA, DI MANA RAJA-RAJA MELAYU KETIKA ITU? KENAPA APA SAJA YANG DIBUAT OLEH PEMIMPIN NOMBOR SATU UMNO RAJA-RAJA MELAYU TAK BERANI BERSUARA?
Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;

PERKARA INI MEMANG ADA DAN MASIH ADA.Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini;Kami isytiharkan Islam adalah Agama Persekutuan; PERKARA INI JUGA ADA TAPI SEKADAR PENGISTIHARAN TIDAK ADA PERLAKSANAAN DASAR YANG BERSESUIAN DENGAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI. APA YANG ADA PADA NAMA KALAU TIDAK ADA PERLAKSANAANNYA? APA YANG RAJA-RAJA MELAYU KITA BUAT APABILA PERLAKSANAAN SEGALA DASAR NEGARA ISLAM TIDAK SELARAS DAN SELARI DENGAN AGAMA RASMI.
Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu;

RAJA-RAJA MELAYU TELAH MENETAPKAN BAHASA MELAYU ADALAH BAHASA KEBANGSAAN NEGARA INI. NAMPAKNYA SEKALI LAGI KEPIMPINAN UMNO TIDAK MENGHORMATI WASIAT INI MALAH BAHASA PENGANTAR UNTUK MATA PELAJARAN SAINS DAN MATHEMATIK YANG MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU TELAH DITUKAR MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS. SEKALI LAGI KETIKA ITU DI MANA RAJA-RAJA MELAYU?
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Kepentingan sah kaum-kaum lain. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).


MENGENAI KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU JUGA KEPIMNAN UMNO MELANDA DAN TIDAK MEMELIHARA BUKAN SAJA PERLEMBAGAAN NEGARA MALAH WASIAT RAJA-RAJA MELAYU INI. ANATARANYA PEMBERIAN BIASISWA KEPADA PELAJAR MELAYU DI IPTA TELAH DIGANTI KEPADA PINJAMAN. KEMASUKAN PELAJAR MELAYU KE IPTA KINI MENGIKUT MERIT BUKAN LAGI KUOTA BAGI MEMELIHARA PERATUS KEMASUKAN PELAJAR MELAYU KE IPTA. PERKARA INI JUGA DI MANA-RAJA MELAYU BERDIRI. BANYAK LAGI KALAU HENDAK DISENARAIKAN DI SINI, MALAH KONSEP ONE MALAYSIA YANG DI BAWA OLEH PERDANA MENTERI DATUK SERI NAJIB JUGA AKAN MENGHAKIS KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU. KAMI SEBAGAI RAKYAT NAK TAHU DI MANA KEDUDUKAN RAJA-RAJA MELAYU.


Artikel ini telah disiarkan oleh UTARA ONLINE pada 7 Ogos 2008

Wednesday, August 5, 2009

SEMBANG

NASIB MELAYU DI TANAHAIR SENDIRI?

DALAM dua tiga minggu ini hatiku begitu tersentuh tetang persoalan melayu. Aku tak tahu mengapa? minggu lepas aku telah dipanggil oleh seorang kawan yang kerjanya menjadi jaga disebuah kawasan perumahan mewah di Bukit Mertajam. Kawan aku itu bekas seorang tentera berpangkat koperal dan berhenti selepas 10 tahun berkhidmat. Dia melakukan pelbagai kerja dan sekarang apabila kudratnya semakin kurang lalu dia bekerja sebagai jaga. Memang aku tahu dia kerja sebagai seorang jaga dan kami sering lepak dan bersembang di kedai selepas aku balik kerja dan sebelum dia pergi kerja.


Baru-baru ini kebetulan aku banyak kerja dan sering balik lewat menyebabkan kami tidak berjumpa tiga empat hari lalu dia menghubungiku untuk ketempat kerjanya. Aku menemaninya di gate berpalang, apabila kereta keluar atau masuk dia akan mengangkat besi bagi memberi laluan sambil bersembang dengan aku. Waktu itu aku masih tidak merasa apa-apa kerana apa pun kerja dia, dia juga mencari rezeki yang halal untuk menyara diri dan keluarga. Tiba-tiba dia berkata,


"Man, dulu kerja aku memburu komunis di hutan. Hutan mana yang aku tak masuk dalam negara ini sampai ke Sabah dan Serawak aku memburu komunis, tapi..." terhenti kata-katanya di situ.

"Tapi mengapa?" aku mengajukan soalan.


"Majoriti komunis waktu itu terdiri daripada kaum cina tapi hari ini orang yang pernah memburu komunis terpaksa tercegak waktu malam hingga ke subuh untuk menjaga keselamatan mereka pula. Tapi... apa nak buat, tak kerja tak ada makan."



Aku betul-betul tersentak dan sedih dengan keluhan hati kawanku itu. Apa yang dapat aku bantu aku pun hidup susah lebih kurang dirinya. Pada siapa orang macam kawan aku dan aku sendiri hendak mengadu akan untung nasib kami. Mengapa nasib orang melayu jadi macam ni di negeri yang diperintah oleh orang melayu sendiri? Bermacam lagi persoalan yang timbul mendadak di otak pemikiranku.


Apa yang selama ini pemimpin melayu buat selama ini dalam usaha membela dan mengangkat martabat keseluruhan orang melayu di negara ini? Aku mula merenung, seorang demi seorang yang bergelar Perdana Menteri Malaysia, siapa yang dilihat agak ikhlas beruseha membantu anak bangsa?


Setelah merenung dan mengkaji, hanya Tun Razak yang banyak membanu orang melayu. Zaman Tun Razaklah dasar DEB di gubal. Dizaman Tun Razaklah mulanya penubuhan agensi-agensi membantu orang melayu seperti MARA, Felda, Felcra, biasiswa, Bank Bumi dan pelbagai lagi program untuk membantu orang melayu.

Tapi malangnya, sasaran dasar DEB untuk meningkatkan pegangan kek ekonomi negara hanya sebanyak 30% gagal ditunaikan oleh para pemimpin selepas itu. Apa yang Tun Husien buat dalam usaha mengejar target 30% itu? Apa pula yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir selama lebih 20 tahun memerintah negara ini dalam usaha mengejar target tersebut? Juga nihil malah Tun Dr. Mahathirlah yang merosakan ketuanan melayu di negara ini.


Tun Dr. Mahathirlah yang bertanggungjawab mengantikan biasiswa kepada pinjaman. kalau dulu setiap orang pelajar melayu yang memasuki IPTA akan mendapat biasiswa tapi kini diganti dengan pinjaman. Apabila pinjaman sama macam orang lain. Jadi macam mana keluarga miskin dapat mengubah nasib dan masa depan mereka?


Dalam keadaan susah dan payah mereka membantu menyara persekolahan anak mereka hingga ke menara gading dan sudah tentu jauh disudut hati mereka terselit apabila anak itu keluar dan bekerja akan dapat membantu keluarga. Tapi apa yang dapat dibantu oleh pelajar tersebut, lepas belajar belum dapat kerja pihak PTPTN telah mula mengejar hutang. Bila mula bekerja dengan jawatan pegawai nak juga pakai kereta, kemudian nak kahwin dan beli rumah, nak bayar hutang jadi macam mana nak bantu keluarga.


Wahai pemimpin melayu, tumpang ada kuasa ini bantulah orang yang selama ini memberikan sokongan yang tak berbelah bagi sehingga dapat berkuasa lebih 50 tahun. Kembalikanlah biasiswa kepada semua pelajar melayu yang melanjutkan pelajaran ke IPTA dan mereka yang belajar di kolej swasta berikan pinjaman. Ini akan mengalakkan persiangan sengit dikalangan pelajar melayu untuk belajar bersungguh-sungguh agar dapat memasuki IPTA.


Kemudian berikan rawatan percuma di hospital awam kepada orang ramai, rata-ratanya orang melayu hidup susah. Sering terpampang didada-dada akhbar dikalangan orang melayu yang memerlukan bantuan untuk mengubati pelbagai penyakit. Mengapa pemimpin melayu tidak ada perasaan, hati dan perut dan sanggup melihat anak bangsa terpaksa menjual maruah dan harga diri menyiarkan berita di dada-dada akhbar semata-mata untuk mendapatkan duit bagi membuat rawatan?

Sementara ada kuasa ni bantulah orang melayu untuk meningkatkan ekonomi mereka. Memang selama ini terdapat pelbagai agensi yang ada tapi semuanya tidak benar-benar ikhlas dan telus melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Kalau pemimpin yang berkuasa hanya melihat keluarga dan sahabat handai dalam memberikan peluang perniagaan maka para pegawai juga mengamal sikap yang serupa. Apa yang pemimpin di atas hendak kata, memang perpatah ada mengatakan kalau dah kepala busut macam mana ekor nak elok.


Apabila mengingat perkara ini aku teringatkan selepas pilihanraya lepas di mana negeri kelahiranku jatuh ketangan Pakatan Rakyat dan Lim Guan Eng dilantik menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Suatu waktu Lim Guan Eng kata akan melaksanakan dasar tender terbuka dan tidak akan mengguna pakai dasar DEB. Maka para pemimpin UMNO pun mengumpullah penyokong-penyokong mereka dan membuat tunjuk perasaan di hadapan Komtar dan pada sebelah malamnya aku lihat TV Datuk Musa Sheikh Fadzir begitu lantang mempersoalkan tindakan Lim Guan Eng.


Selepas beberapa hari aku berjumpa orang yang menyokong kuat Datuk Musa lalu dengan bangganya membicarakan kelantangkan ketua bahagiannya yang juga bekas bos aku semasa aku bertugas sebagai Pegawai Perhubungan Awam di Aseania Development Sdn. Bhd., Aku juga pada awalnya turut memuji untuk melihat reaksinya tapi apabila dia ghairah maka aku lontarkan satu persoalan.


"Sehat (nama kawan aku itu), Aku tak hairan apa yang Guan Eng cakap kerana biasalah orang cina tentulah nak jaga lebih kebajikan bangsanya tapi yang aku pelik Datuk Musa yang ada kuasa penuh sebagai Chairman di Aseania yang membangunkan tanah seluas lebih 400 ekar di Bukit Mertajam dan tanah itu adalah milik Perda yang ditugaskan untuk membangunkan orang melayu Pulau Pinang tapi sampai hari ini tak ada seoarng melayu pun yang dapat projek dibandar Perda sehingga boleh buat dia jadi senang kalau pun tak kaya. Boleh hang tunjuk kat aku?"


Beginilah adanya pemimpin melayu maka tak hairanlah orang melayu akan terus merintih dan merepat di tanahairnya sendiri.KEPADA SIAPA LAGI ORANG MELAYU NAK MENGADU?





Adakah orang melayu boleh bergantung harap kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak? Bapanya banyak membuat program dan projek untuk membantu orang melayu, jadi adakah Datuk Seri Najib boleh mengikut jejak langkah bapanya Tun Razak?


Nampaknya Datuk Seri Najib tidak akan mengikut jejak langkah bapanya, awal-awal pemerintahannya telah melontarkan idea SATU MALAYSIA. SATU MALAYSIA LEBIH KURANG MALAYSIA MALAYSIAN GAGASAN DAP. JADI ORANG MELAYU SUDAH TAK BOLEH BERGANTUNG HARAP.





Bagaimana dengan Datuk Seri Anwar yang kini bertindak sebagai Ketua Pembangkang? Adakah kita orang melayu boleh bergantung harap kepadanya? Saya juga tidak nampak kerana PKR mengamalkan dasar KEADILAN UNTUK SEMUA.




Bagaimana pula dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS? Bagi saya mungkin ada sedikit pengharapan terhadap kerana konsep keislaman yang di bawa. Jesteru itu orang melayu di negara ini harus menukar konsep perjuangan untuk Islam dan boleh bergantung harapan kepada PAS untuk memperjuangkannya.


Warisan Perjuangan Melayu

Menyelak helaian demi helaian Hikayat Hang Tuah, pastinya kita akan terkesan dengan pesan-pesan untuk bersikap jujur, amanah dan sentiasa bijak agar tidak terpedaya dengan helah musuh. Antaranya apabila ditemukan babak menyedihkan; ketika Hang Tuah menikam Hang Jebat.
Tuah berpegang kepada janji pendekar yang hanya akan menikam sekali merobek Jebat, tidak akan ada tikaman kedua. Selepas berjaya, berjalan keluar, tiba-tiba menerpa Jebat menikam Tuah dari belakang, namun gagal mencederakannya, berkat amanah memegang janji.
Pesan yang sama disampaikan kepada para pendekar gayong, bersempena majlis penganugerahan keris pusaka Dato Meor Abdul Rahman yang disimpan Dato Cikgu Majid kepada saya. Majlis tersebut diadakan demi melaksanakan wasiat almarhum mahaguru gayong yang berhasrat saya mewarisi keris tersebut.