Wednesday, July 29, 2009

PENDAPAT

BETULKAH MELAYU TAK HILANG DI DUNIA?

HARI ini pelawat blog ini dapat melihat "Blog Header" baru blog ini, dan motto yang tertera di 'header' itu MELAYU TAK KAN HILANG DUNIA. Kata-kata itu pernah diucapkan oleh pahlawan lagenda Laksamana Hang Tuah.

Apakah yang dimaksudkan oleh Laksamana Tun Tuah? Adakah zuriat melayu ini tak akan pupus di atas muka bumi ini? Saya yakin bukan zuriat melayu yang dimaksudkan oleh Tun Tuah tetapi kuasa yang berada di tangan orang melayu.

Tapi perkembangan politik mutakhir ini amat membimbangkan saya. Saya lihat UMNO yang memerintah negara ini lebih 50 tahun yang kekuasaannya dibantu oleh orang melayu mula hilang arah perjuangannya.

Semasa zaman Tun Dr. Mahathir segala perkara yang berkiatan dengan melayu satu demi satu ditarik daripada orang melayu dan kini Datuk Seri Najib yang baru saja ditabal menjadi Perdana Menteri bercakap pula mengenai SATU MALAYSIA .

Apa ertinya SATU MALAYSIA itu? Bagi saya SATU MALAYSIA sama seperti gagasan DAP MALAYSIA MALAYSIAN. Mengapa kepimpinan melayu hari ini jadi macam tu? Kenapa pemimpin melayu harus bersengketa sesama sendiri?

Dalam soal ini saya tak salahkan golongan melayu yang menentang UMNO kerana mereka berpendapat UMNO telah berkuasa lebih 50 tahun di negara ini tapi pencapaian orang melayu masih teruk. Kalau dulu kita susah nak tengok orang jadi jaga, jaga selalunya benggali tapi hari ini hampir semua jaga adalah orang melayu. Kalau dulu kerja-kerja buruh pembandaran dan JKR rata-ratanya orang India tapi hari ini orang melayu. Kalau dulu kerja angkut najis adalah orang cina tapi hari ini orang melayu.

Inikah hadiah UMNO kepada orang melayu yang memberikan kuasa kepada mereka untuk memerintah negara ini lebih 50 tahun? Apa yang membuat pemimpin melayu khususnya Tun Dr. Mahathir Mohamad menarik balik banyak keistimewaan orang melayu misalnya biasiswa, kuota ke universiti, pengajaran Mathematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris dan banyak lagi perkara kepentingan melayu yang dilenyapkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Hari ini Datuk Seri Najib dengan gagasan SATU MALAYSIA. Saya amat berharap agar orang-orang melayu dan berfikir secara waras tanpa prejudis dan bertanya kepada diri, APA MAKNANYA SATU MALAYSIA? PEMIMPIN MELAYU JANGAN BERSELINDUNG DAN MENYOROK FAKTA DARIPADA ORANG MELAYU. SELAMA INI ORANG MELAYU SUDAH LAMA DITIPU DAN DIBUAI DENGAN LAGU YANG INDAH SEDANGKAN HAKIKATNYA AMAT PAHIT UNTUK RAKYAT BIASA DI BAWAH.

2 comments:

  1. saudara..konsep 1MALAYSIA dan apa yg diperjuangkan DAP ialah sesuatu yg amat berbeza..kita haruslah mengkaji sebelum kita bercakap...jgn serbu tembok..DAP mengatakan konsep ini mengatakan bahawa semua rakyat adlah bumiputra dan teros dipolitikkan..tapi perkara ini ditentang sendiri oleh PM kita..27 SEKTOR EKONOMI yg diliberalisasikan tidak memberi sebarang impak kpda kita..sektor2 ini adalah sektor2 yg melayu x pandang lgsg..sektor2 yg kita tak suke amik taw..jgn risau saudara...perkara 153 dalam perlembagaan jelas akan teros memelihara hak kepentingan semua kaum bumiputa..jika tidak mahu jadi hamba di negara sendiri..kita yg mengubahnya..bukannya tggu kerajaan mencorakkan kita..jangan sekadar takkan melayu hilang di dunia..kita kene persoalkan..apa guna tak hilang di dunia kalau kewujudan tidak dirasa??jgn membuta-tuli menuduh dan menyalahkan org lain..smua salah melayu sendiri..contohnya PPSMI..hnya dua subjek yg diminta ntuk diajar dalam bahasa inggeris..golongan sasterawan bising..tapi yg nk belajarnya kami..kami dapat manfaat darpdanya..tapi nk buat macam mana..melayu bodoh dalam menilai perkara..mereka lebih sayangkan bahasa daripada bangsa..sedangkan byk medium lain yg boleh digunakan untuk mendaulatkan bahasa..tapi yg melatah sasterawan kita..yg nk berperangnya askar..yang bisingnya tukang masak kepada askar..tidakkah dua bidang yg berbeza??aku lihat layu dalam melayu..sekian..berubaahlah bangsaku
    -aku juga anak Melayu

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas pandangan itu, cuba renung baik-baik tanpa prejudis tunjukan kat saya mana negara yang cukup maju dengan menggunakan bahasa inggeris. Lihat jepun, korea selatan dan kini china memertabatkan bahas sendiri mereka jauh lebih berjaya dan maju daripada negara-negara barat. Di barat sendiri cuba tengok adakah Perancis, Jerman, Sepanyol, Belanda dan banyak lagi negara yang tidak memberikan tempat yang baik kepada bahasa inggeris tapi maju. Sebenarnya kerajaan pimpinan Tun Razak telah memperkenalkan dasar pendididikan negara dengan mengutamakan bahasa malaysia sudah betul tapi pemimpin selepas itu tidak faham dan tidak bekerja untuk meralisasikan dasar tersebut, mereka lena dan lali dengan kekkuasaan dan kemewahan dan lupa untuk mengerakan para pertenjemah untuk menterjemahkan buku-buku barat ke dalam bahasa malaysia. Jadi bagi mengalih kesilapan itu mereka buat pelbagai alasan. Disamping itu pertukaran bahasa pengantar untuk dua mata pelajaran ini memberikan keuntungan kepada kroni mereka yang mencetakan buku dan menyediakan lab dan sebagainya. Tapi malangnya cuba tanya guru-guru yang bertanggungjawab apa jadi dengan lab dan peralatan yang di bekal, haprak! Saya bukan cakap kosong cuba pi blog http://www.gurubesarpencen.com/ lihat apa komen dia dengan peralatan yang dibekal. Untuk mengubah dasar, racun pemikiran rakyat bila ubah bagi kontrak kepada kroni buat duit yang menerima kesannya rakyat biasa di bawah. SAYA NAK INGATKAN, KALAU KITA ORANG MELAYU TIDAK MAHU MEMERTABATKAN BAHASA IBUNDA KITA, KITA NAK HARAP SIAPA? TOLONG BAGI TAU? KALAU KITA KATA BAHASA KITA MUNDUR USAHAKAN AGARNYA IANYA MAJU, KALAU BAHASA KITA LEKEH USAHAKAN AGAR JADI BAIK, KALAU BAHASA BUSUK USAHAKAN AGAR IANYA WANGGI. INGAT! HILANG BAHASA MAKA AKAN HILANG IDENTITI BANGSA.

    ReplyDelete