Wednesday, July 29, 2009

PENDAPAT

BETULKAH MELAYU TAK HILANG DI DUNIA?

HARI ini pelawat blog ini dapat melihat "Blog Header" baru blog ini, dan motto yang tertera di 'header' itu MELAYU TAK KAN HILANG DUNIA. Kata-kata itu pernah diucapkan oleh pahlawan lagenda Laksamana Hang Tuah.

Apakah yang dimaksudkan oleh Laksamana Tun Tuah? Adakah zuriat melayu ini tak akan pupus di atas muka bumi ini? Saya yakin bukan zuriat melayu yang dimaksudkan oleh Tun Tuah tetapi kuasa yang berada di tangan orang melayu.

Tapi perkembangan politik mutakhir ini amat membimbangkan saya. Saya lihat UMNO yang memerintah negara ini lebih 50 tahun yang kekuasaannya dibantu oleh orang melayu mula hilang arah perjuangannya.

Semasa zaman Tun Dr. Mahathir segala perkara yang berkiatan dengan melayu satu demi satu ditarik daripada orang melayu dan kini Datuk Seri Najib yang baru saja ditabal menjadi Perdana Menteri bercakap pula mengenai SATU MALAYSIA .

Apa ertinya SATU MALAYSIA itu? Bagi saya SATU MALAYSIA sama seperti gagasan DAP MALAYSIA MALAYSIAN. Mengapa kepimpinan melayu hari ini jadi macam tu? Kenapa pemimpin melayu harus bersengketa sesama sendiri?

Dalam soal ini saya tak salahkan golongan melayu yang menentang UMNO kerana mereka berpendapat UMNO telah berkuasa lebih 50 tahun di negara ini tapi pencapaian orang melayu masih teruk. Kalau dulu kita susah nak tengok orang jadi jaga, jaga selalunya benggali tapi hari ini hampir semua jaga adalah orang melayu. Kalau dulu kerja-kerja buruh pembandaran dan JKR rata-ratanya orang India tapi hari ini orang melayu. Kalau dulu kerja angkut najis adalah orang cina tapi hari ini orang melayu.

Inikah hadiah UMNO kepada orang melayu yang memberikan kuasa kepada mereka untuk memerintah negara ini lebih 50 tahun? Apa yang membuat pemimpin melayu khususnya Tun Dr. Mahathir Mohamad menarik balik banyak keistimewaan orang melayu misalnya biasiswa, kuota ke universiti, pengajaran Mathematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris dan banyak lagi perkara kepentingan melayu yang dilenyapkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Hari ini Datuk Seri Najib dengan gagasan SATU MALAYSIA. Saya amat berharap agar orang-orang melayu dan berfikir secara waras tanpa prejudis dan bertanya kepada diri, APA MAKNANYA SATU MALAYSIA? PEMIMPIN MELAYU JANGAN BERSELINDUNG DAN MENYOROK FAKTA DARIPADA ORANG MELAYU. SELAMA INI ORANG MELAYU SUDAH LAMA DITIPU DAN DIBUAI DENGAN LAGU YANG INDAH SEDANGKAN HAKIKATNYA AMAT PAHIT UNTUK RAKYAT BIASA DI BAWAH.