Wednesday, June 3, 2009

umum

RENUNGLAH PEMIMPIN MELAYU

APABILA aku bercadang untuk untuk memasukan senikata lagu warisan dalam blog Warisan Melayu yang aku bangunkan seorang sahabat aku mempertikaikannya, katanya lagu itu adalah milik UMNO dan sering digunakan semasa kursus anjuran UMNO dalam yang dikelolakan oleh Biro Tatanegara.

Aku mengakui kenyataan itu tapi kata aku dalam blog Warisan Melayu aku akan perjuangkan soal melayu dan senikata lagu warisan kalau betul-betul dihayati amat menghiris hati, jiwa dan perasaan kita sebagai anak melayu. Orang melayu terutamanya pemimpin UMNO yang masih punya saki baki kuasa perlu melakukan sesuatu agar kedudukan orang melayu terbela.

Cuba renungkan bait pertama lagu ini :-

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Kita bayangkan anak-anak kecil melayu dan tak punya apa sedang bermain-main dengan api. Hanya inilah yang dapat dia miankan dan kalau orang lain mungkin bunga api dan mungkin mercun. Hatinya yang sepi telah terbakar kerana segala kekurangan yang ada. Mengalir airmata darah dan bercampur keringat hasil penat lelah bekerja tapi tanah yang kita kita sebenarnya milik orang.

Adakah para pemimpin melayu khususnya pemimpin UMNO yang berkuasa selama lebih 50 tahun sedar akan rintihan hati anak melayu yang begitu susah mencari kerja dan mendapat kerja-kerja yang baik dengan pendapatan yang tidak kurang baiknya. Walaupun bekerja kuat sehingga peluh bercampur dengan airmata darah namun bumi yang kita pijak tetap menjadi milik orang. Ini kerana pendapatan yang dirais tidak cukup untuk menjadikan kita sedang dan menjadi tuan.

Sedarkah para pemimpin UMNO yang menjadikan lagu ini sebagai penaik semangat anak-anak melayu yang menghadiri kursus yang dijayakan oleh Biro Tatanegara apa yang mereka buat untuk membantu anak melayu berjaya dan menjadi tuan dan pemilik tanah yang dijejaki?

Aku melihat dengan mata kepala aku sendiri dan melalui pengalaman ini dan aku minta anak-anak melayu cuba-cuba renung dan tengok apa yang berlaku. Majoriti firma dan industri adalah milik orang lain dan kita orang melayu hanya berada dipinggir. Jawatan-jawatan yang baik dan penuh kuasa serta memiliki pendapatan yang baik amat sukar untuk kita anak melayu duduki.

Apa boleh buat itu syarikat milik mereka sudah tentu mereka akan menjaga kebajikan anak bangsa mereka. Apa yang sangat menyedihkan hati dan jiwa aku sebagai anak melayu, terdapat dikalangan para pemimpin melayu yang bercakap di atas pentas-pentas politik untuk membela orang melayu. Mereka ini mengunakan kepasiti sebagai pemimpin melayu untuk mendapatkan pelbagai projek kerajaan.

Tapi sayang projek-projek yang mereka dapat atas nama melayu diserahkan kepada orang bukan melayu untuk menjayakannya. Kita lihat para pegawai di syarikat mereka juga dipenuhi oleh pegawai yang bukan melayu dan tempat-tempat mereka juga ditempat yang baik punya kuasa.

Jadi bagaimana kedudukan anak-anak melayu kita? Kalau di syarikat milik bukan melayu anak melayu terpinggir dan di syarikat melayu milik pemimpin melayu dan mendapat projek hasil perjuangan orang melayu juga anak melayu diketepikan ke mana anak-anak melayu akan mendapat tempat yang baik?

Ini bukannya cerita rekaan yang hendak menjatuhkan para pemimpin melayu UMNO yang masih berkuasa tapi inilah kenyataan dan jika ada dikalangan pembaca artikel ini kurang pasti melawatlah pejabat pemimpin-pemimpin melayu yang punya syarikat. Jangan pergi ke pejabat dengan berlagak kita kawan tuan punya syarikat tapi kita pergi dan lihat dan ambil tahu di mana anak-anak melayu duduk dan di mana mereka yang bukan melayu duduk dan nilailah sendiri.

Cuba renungi baik kedua lagi warisan seperti di bawah ini L-

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama kita
Cita lenyap di arus zaman

Memang majoriti nenek moyang kita memang kaya-raya. Kaya harta, kaya budi malah ada yang kaya bini dan anak. Disebabkan bini dan anak banyak maka tak punya masa untuk mendidik dan melihat maka anak-anak bini ini tidak pernah bersatu dan apabila nenek moyang kita kembali ke rahmatullah maka anak-cucu yang ditinggalkan berkelahi merebut harta dan akhirnya terjual.

Lagi satu masalah orang melayu yang kaya dan punya harta benda pula tak ada ilmu dan tak bersatu maka tak tahu hendak menggunakan peninggalan itu untuk menambahkan lagi kekayaan yang dimiliki. Akhirnya bagi menyelesaikan segala permasalahan maka habis terjual semua harta benda dan anak cucu akan memijak bumi yang sudah menjadi milik orang. Ini satu lagi masalah orang melayu yang harus diselesaikan.


Renungilah bait seterusnya dalam lagu warisan ini :

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang laiN
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang


Memang bumi kita cukup indah dan kaya dengan pelbagai khazanah bumi tapi apa yang boleh kita buat kerana bumi yang kita pijak sudah menjadi milik orang maka hasilnya tentulah mengalir ke tangan orang lain. Apa boleh buat para pemimpin yang dapat projek menyerah atau mengsubkan kerja kepada orang lain maka hasilnya pasti mengalir ketangan orang lain. Dan kita anak melayu hanya dapat merintih sendirian tanpa sebarang pembelaan.

Akibatnya masa depan anak bangsa bukan lagi kelam malah sudah jadi gelap. Maka hati akan terus tertutup dan terkunci mati dan tak tahu apa yang harus dilakukan lagi. Maruah dan harga diri juga hilang.

Amatilah biat-biat terakhir lagu ini :-

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara


Memang senikata lagu ini bertepatan yang tinggal hanyalah kuasa yang mampu menentukan bangsa. Tapi masalahnya kuasa yang ada ditangan para pemimpin melayu tidak digunakan sepenuhnya untuk membangunkan anak bangsa. Rata-rata-rata pemimpin melayu hanya memikirkan kepentingan diri, keluarga dan sahabat handai.

Lihat bagaimana para pemimpin melayu cuba terus mempertahankan pengunaan bahasa pengantar bahasa Inggeris untuk mata pelajaran mathematic dan sains yang banyak merugikan anak-anak bangsa mereka sendiri. Mereka juga telah melanda dasar pendidikan kebangsaan yang mereka sendiri buat.
Untuk apa dasar ini dibuat dan dsipertahankan?

Jangan bercakap soal kemajuan kerana Jepun, Korea Selatan dan China malah Thailand hanya mengutamakan bahasa ibunda mereka dan merka jauh lebih maju daripada negara barat. Dan di barat sendiri Jerma, Perancis, Belanda dan banya lagi negara juga memberi tempat yang baik kepada bahasa ibunda, tapi kenapa pemimpin melayu kita jadi begitu?