Monday, May 4, 2009

UMUM

SIAPA MELAYU DAN MENGAPA MELAYU JADI MACAM NI?
KITA hairan, mengapa orang melayu begitu kurang jati diri? Rata-rata orang melayu baik dikalangan pemimpin mahupun rakyat jelata begitu mengagungkan bahasa dan budaya orang lain terutama yang datang dari barat. Lihat bagaimana anak-anak muda melayu begitu mudah terikut-ikut dengan budaya barat. Apa saja yang dibuat oleh orang barat sering diikuti walaupun budaya itu bertentangan dengan budaya dan agama Islam yang dianuti.

Lupakah kita bahawa orang barat telah menjajah kita hampir 500 tahun dan memunggah dan menghankut habis khazanah kekayaan bumi kita ke negara kita? Lupakah kita bagaimana orang barat yang menjajah kita telah membawa masuk orang lain ke negara kita dan kemudiannya kita terpaksa memberi kerakyatan dan apabila ingin mendapatkan kemerdekaan mereka meminta kita memberi hak dan bekerjasama dengan orang-orang yang mereka bawa masuk?

Aku tidak akan lupa semua itu walaupun waktu negara mencapai kemerdekaan aku masih lagi belum menjenguk dunia tapi melalui cacatan sejarah walaupun ada yang telah diubah untuk memenuhi kepntingan mereka tapi kita dapat mengetahui apa yang berlaku.

Kurangnya jati diri orang melayu juga berlaku dikalangan pemimpin melayu, kita dapat lihat bagaimana para pemimpin melayu lebih mengutamakan bahasa Inggeris daripada bahasa sendiri. Mereka bukan saja suka bercakap bahasa inggeris malah sanggup menukar bahasa pengantar mata pelajaran sains dan mathematic dari bahasa Malaysia ke bahasa Inggeris.

Alasan yang diberi bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa dan jika kita tidak menguasai bahasa Inggeris negara kita akan ketinggalan dan tidak maju. Ini hanyalah alasan yang dibuat-buat. Kita dapat lihat sendiri bagaimana negara Jepun yang hanya mengutamakan bahasa sendiri jauh lebih maju daripada negara barat. Kita lihat Korea Selatan kini sudah mula bangkit dan menyiangi Jepun dan kini menyusul pula negara China.

Malah di barat sendiri seperti Perancis, Jerman dan banyak lagi negara juga mengutamakan bahasa ibunda mereka. Dan di asia tengara Thailand juga mengutamakan bahasa sendiri dan teknologi pertanian mereka jauh lebih maju daripada kita.

Jadi benarkah hanya dengan menguasai bahasa Inggeris saja kita akan maju? Nampaknya pemimpin melayu cuba mengabui mata kita dengan memberi alasan yang dibuat-buat bagi menutup kelemahan perancangan mereka melaksanakan dasar pendidikan negara. Sewajarnya mereka mencontohi negara matahari terbit dengan menterjemahkan semua buku-buku pengetahuan dari barat ke bahasa mereka.

Mungkin juga dengan melaksanakan dasar seperti ini (PPSMI) para pemimpin dapat memberikan peluang perniagaan lumayan kepada rakan-rakan mereka. Kerajaan terpaksa menyediakan pelbagai alat bantu seperti peralatan telekomunikasi yang bernilai jutaan ringgit ke sekolah-sekolah di seluruh negara.

Kita juga pelik, mengapa orang melayu khususnya pemimpin melayu begitu mudah bertolak ansur sehingga orang melayu seperti terus mengelunsur turun ? Lihat bagaimana para pemimpin melayu sendiri yang menarik balik pemberian biasiswa kepada pelajar melayu yang melanjutkan pelajaran di IPTA dan diganti dengan pinjaman. Lihat bagaimana pemimpin melayu begitu bermurah hati memberikan laluan kerusi parlimen dan DUN yang bermajoriti orang melayu kepada orang lain dan para pemimpin melayu bermati-matian berkempen untuk memenangkan calon bukan melayu.

Bukan kita mempertikaikan konsep kerjasama tetapi bolehkan mereka memberi laluan kepada pemimpin melayu dikawasan bermajoriti mereka dan pastikan calon kita menang. Sehingga hari ini perkara ini tidak pernah berlaku. Malah apa yang mengecewakan para pemimpin bukan melayu yang menang di kawasan melayu telah mempertikaikan ketuanan melayu seperti apa yang dilakukan oleh Datuk Lim Kim Sai, bekas Timbalan Presiden MCA. Jadi mengapa perkara ini berlaku? Kenapa pemimpin melayu tidak menyedari perkara ini dan membiarkan terus berlaku? Malah banyak lagi perkara-perkara seperti ini berlaku kalau kita kaji satu persatu.

Kita juga dapat lihat para pemimpin melayu yang bercakap berapi-api memperjuangkan hak melayu tetapi dalam waktu yang sama mereka mendapat projek atas nama melayu tetapi mereka memberikan projek itu kepada orang bukan melayu untuk melaksanakannya. Mengapa perkara ini berlaku? Mengapa dikalangan orang melayu di peringkat akar umbi tidak menyedari perkara ini atau senaja buat-buat tak tahu.

Kita juga hairan mengapa orang melayu begitu sukar untuk bersatu terutama isu-isu yang bersangkutan dengan kepentingan melayu? Mengapa orang melayu membiarkan perkara ini terus berlaku? Mungkinkah kerana perkahwinan campur dikalangan orang melayu yang menjadikan orang melayu macam ni? Ada orang melayu yang berkahwin dengan China, ada orang melayu yang berkahwin dengan orang India, ada orang melayu yang berkahwin dengan keturunan siam, ada melayu jawa malah India muslim atau mamak pun dipanggil melayu. Adakah ini puncanya?

Bagaimanakan asal-usul orang melayu? Bagaimana susahnya orang melayu bersatu dan begitu sukarnya kita mengetahui asal-usul orang melayu yang sebenar. Terdapat beberapa kajian dilakukan untuk menjelaskan perkara ini, tetapi kata sepakat antara para sarjana belum dicapai. Secara amnya terdapat 2 teori mengenai asal-usul bangsa Melayu iaitu:
Bangsa Melayu Berasal daripada Yunnan(Teori Yunnan)
Bangsa Melayu Berasal daripada Nusantara(Teori Nusantara)
Selain itu ada juga pendapat yang mengusulkan bahawa orang Minangkabau itu berasal daripada pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara Sungai Jambi dan Palembang, semasa banjir besar berlaku di bumi. Tetapi pendapat ini masih belum mendapat bukti yang kukuh.
Teori ini disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar. Secara keseluruhannya, alasan-alasan yang menyokong teori ini adalah seperti berikut:
Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah ditemui di Kepulauan Melayu. Perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk daripada Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.
Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam (Berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar).
Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Dengan lebih lanjut lagi, penduduk di Kemboja mungkin berasal daripada dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunan.
Teori ini merupakan teori yang popular yakni diterima umum. Contohnya, dalam buku Teks Pengajian Malaysia, adapun menyatakan "nenek moyang" orang Melayu itu berasal daripada Yunan.
Berdasarkan Teori ini, dikatakan orang Melayu datang dari Yunnan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama, yang ditandai dengan perpindahan Orang Negrito, Melayu Proto, dan juga Melayu Deutro.
Orang Negrito merupakan penduduk paling awal di Kepulauan Melayu. Mereka diperkirakan ada di sini sejak 1000 SM berdasarkan penerokaan arkeologi di Gua Cha, Kelantan. Daripada orang Negrito telah diperturunkan orang Semang yang mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit gelap, berambut keriting, bermata bundar, berhidung lebar, berbibir penuh, serta saiz badan yang pendek.
Perpindahan orang Melayu Proto ke Kepulauan Melayu diperkirakan berlaku pada 2,500 SM. Mereka mempunyai peradaban yang lebih maju daripada orang Negrito, ditandai dengan kemahiran bercucuk tanam. Terdapat satu lagi persamaan antara Melayu Proto dimana dikenali sebagai Melayu Negosiddek dimana kebanyakan terdapat disebuah pulau yang dikenali sebagai Pinang. Melayu Negosiddek ini mahir dalam bidang lautan tetapi tidak pandai berenang.
Perpindahan orang Melayu Deutro merupakan gelombang perpindahan orang Melayu kuno yang kedua yang berlaku pada 1,500 SM. Mereka merupakan manusia yang hidup di pantai dan mempunyai kemahiran berlayar.
Teori ini didukung oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf. Teori ini adalah disokong dengan alasan-alasan seperti di bawah:
Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama. Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, tetapi berasal dan berkembang di Nusantara.
K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa (Kemboja). Baginya, persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena "ambilan"
Manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa. Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal daripada Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian.
Bahasa di Nusantara (Bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah).
Teori ini merupakan teori yang kurang popular khususnya di negara Malaysia.
Melayu merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam orang Melayu. Perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Di sana letaknya Kerajaan Melayu sekitar 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya Kerajaan Srivijaya. Sehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit "Malaya" yang bermaksud "bukit" ataupun tanah tinggi. [9] Ada juga sumber sejarah yang mengatakan bahawa perkataan "Melayu" berasal dari "Sungai Melayu" di Jambi.
Istilah "Melayu" ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar. Bagaimanapun menurut Perlembagaan Malaysia, istilah "Melayu" hanya merujuk kepada seseorang yang berketurunan Melayu yang menganut agama Islam. Dengan kata yang lain, bukan semua orang yang berketurunan daripada nenek moyang Melayu adalah orang Melayu.
Istilah "Melayu" untuk merujuk kepada nama bangsa atau bahasa adalah suatu perkembangan yang agak baru dari segi sejarah, iaitu setelah adanya Kesultanan Melayu Melaka. Walaupun demikian, tidaklah sehingga abad ke-17 bahawa istilah "Melayu" yang merujuk kepada bangsa semakin digunakan secara meluas. Sebelum itu, istilah "Melayu" hanya merujuk kepada keturunan raja Melayu dari Sumatera sahaja.
Penggunaan istilah "Melayu" muncul buat pertama pada kira-kira 100-150 Masihi dalam karya Ptolemy, Geographike Sintaxis, yang menggunakan istilah "maleu-kolon". G. E. Gerini menganggap istilah itu berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu malayakom atau malaikurram, yang merujuk kepada Tanjung Kuantan di Semenanjung Malaysia. Sebaliknya, Roland Bradell menganggap tempat itu merujuk kepada Tanjung Penyabung.
Istilah Malaya dvipa muncul dalam kitab Purana, sebuah kitab Hindu purba, yang ditulis sebelum zaman Gautama Buddha sehingga 500 Masihi. Dvipa bermaksud "tanah yang dikelilingi air" dan berdasarkan maklumat-maklumat yang lain dalam kitab itu, para pengkaji beranggapan bahawa Malaya dvipa ialah Pulau Sumatera.
Istilah "Mo-lo-yu" juga dicatat dalam buku catatan perjalanan pengembara Cina pada sekitar tahun 644-645 Masihi semasa zaman Dinasti Tang. Para pengkaji bersependapat bahawa perkataan "Mo-lo-yo" yang dimaksudkan itu ialah kerajaan yang terletak di Jambi di Pulau Sumatera, serta juga Sriwijaya yang terletak di daerah Palembang.
Masalah dalam penakrifan orang Melayu
Penakrifan orang Melayu merupakan satu pekerjaan yang sukar. Sekiranya menurut penakrifan orang Melayu sebagai orang yang bertutur dalam Bahasa Melayu, penakrifan ini merangkumi kebanyakan orang di Malaysia, Indonesia, dan sebahagian daripada negeri Thai dan Filipina. Tetapi, apa yang menjadi masalahnya, di Indonesia orang Melayu hanya merupakan salah satu daripada beratus-ratus kaum/suku di negara itu. Lebih-lebih lagi, warga Indonesia lebih suka mengenali diri mereka sebagai orang Indonesia dan mengenali bahasa mereka sebagai bahasa Indonesia. Walaupun demikian, secara amnya terdapat dua jenis penakrifan untuk menentukan sama ada seseorang itu orang Melayu. Iaitu:
Penakrifan undang-undang
Penakrifan antropologi
Di negara Malaysia, orang Melayu didefinisikan menurut perlembagaan dalam pekara 160(2). Menurut perkara ini, orang Melayu ditakrifkan sebagai:
Seorang yang beragama Islam
Bertutur bahasa Melayu
Mengamalkan adat istiadat Melayu
Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.
Takrifan undang-undang ini adalah ditetapkan demi keperluan politik di negara Malaysia. Maka dengan itu, ia adalah tidak menepati hakikat di mana sebenarnya terdapat juga orang Melayu yang bermastautin di luar Persekutuan Malaysia. Contohnya di selatan Thailand terdapat juga kelompok manusia yang bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan budaya orang Melayu.
Menurut Syed Husin Ali yang merupakan ahli antropologi di negara Malaysia, orang Melayu itu dari segi zahirnya, lazimnya berkulit sawo matang, berbadan sederhana besar serta tegap dan selalu berlemah lembut serta berbudi bahasa. Dari segi etnologi, Melayu bermakna kelompok masyarakat yang mengamalkan sistem kemasyarakatan dwisisi dan kegenerasian yang termasuk dalam bangsa Mongoloid
Selain itu ada juga pendapat yang mengusulkan bahawa orang Minangkabau itu berasal daripada pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara Sungai Jambi dan Palembang, semasa banjir besar berlaku di bumi. Tetapi pendapat ini masih belum mendapat bukti yang kukuh.
Sementara Teori Nusantara pula yang didukung oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf. Teori ini adalah disokong dengan alasan-alasan seperti di bawah:
Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama. Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, tetapi berasal dan berkembang di Nusantara.
K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa (Kemboja). Baginya, persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena "ambilan"
Manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa. Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal daripada Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian.
Bahasa di Nusantara (Bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah).
Jadi susahnya mengenal pasti asal-usul orang melayu susah juga untuk kita memahami sikap dan budaya orang melayu. Kita pun tak tahu apa yang akan jadi kepada orang melayu dan bagaimana nasib dan masa depan orang melayu di tanahair sendiri kerana daripada pengamatan yang dibuat kedudukan orang melayu semakin teruk dan semakin gawat dalam segala segi.